PRO/UP/UTAMA/TEMP-01                                                            2/2013

   Lampiran 4

 

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN

NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

 

TERMA DAN SYARAT TEMPAHAN

DEWAN JUBLI PERAK SULTAN ABDUL AZIZ, SHAH ALAM

 

TERMA DAN SYARAT

 

  1. Penyewa Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz, Shah Alam mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Pentadbiran Negeri.  Jika peraturan ini tidak dipatuhi sepenuhnya, Pentadbiran Negeri berhak mengambil apa-apa tindakan terhadap penyewa dan permohonan untuk menyewa pada masa hadapan tidak akan dilayan.

 

  1. Tempahan yang telah diluluskan akan terbatal sekiranya terdapat program rasmi kerajaan yang dihadiri atau dirasmikan oleh DYMM. Sultan Selangor atau YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor.

 

  1. Kelulusan tempahan Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz adalah diberi keutamaan kepada kakitangan awam Kerajaan Negeri     Selangor. 

 

  1. Kadar bayaran yang telah diluluskan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan.

 

  1. KADAR BAYARAN
  2. Dewan Bankuet (maksimum 800 orang)

 

PERKARA

KADAR SEWA

Deposit

RM1,000.00

Sewa Dewan (Siang)

8.00 pagi                

 hingga                            6.00 petang

RM2,700.00

Sewa Dewan (Malam)

7.00malam

hingga

11.00 malam

RM3,000.00

Kos Utiliti dan Pembersihan

Panel Katerer Pilihan BKP

RM1,300.00

Panel Katerer Selain Pilihan BKP

RM1,500.00

 

 

Kadar sewa ini adalah termasuk penggunaan peralatan/perkhidmatan seperti berikut:

 

 

PERALATAN

Meja Bulat/Kerusi

50 buah meja termasuk 500 buah kerusi

Tambahan dikenakan RM 10/meja

(maksimum 80 buah meja)

Meja Bufet

(8’ x 4’)

6 buah meja

Tambahan dikenakan RM 5/meja

(maksimum 10 buah meja)

Meja panjang (hadiah)

(4’ x 2’)

5 buah meja

Tambahan dikenakan RM 5/meja

Pentas

Disediakan

Pengendalian Teknikal

Disediakan

Perhiasan Pentas/

Dewan/Alas Meja

Tidak Disediakan

 

 

Penyewa adalah diberi pilihan untuk menyewa skrin dan projektor atau PA Sistem atau kedua-duanya sekali seperi butiran berikut:

 

 

PERKARA

KADAR SEWA

Skrin dan Projektor

RM500.00

 

PA Sistem

 

RM800.00

 

 

 

  1. Dewan Auditorium (maksimum 1,100 orang)

 

PERKARA

KADAR SEWA

Deposit

RM1,000.00

Sewa Dewan (Siang)

8.00 pagi                  hingga                            6.00 petang

RM2,700.00

Sewa Dewan (Malam)

7.00 malam hingga

11.00 malam

RM3,000.00

        Kos Utiliti dan Pembersihan

RM1,300.00

 

Kadar sewa ini adalah termasuk pengendalian teknikal tetapi perhiasan pentas dan dewan tidak disediakan

 

 

Penyewa adalah diberi pilihan untuk menyewa skrin dan projektor seperi butiran berikut:

 

 

PERKARA

KADAR SEWA

Skrin dan Projektor

RM800.00

 

  1. Dewan Ballroom (maksimum 250 orang)

 

PERKARA

KADAR SEWA

Deposit

RM1,000.00

Sewa Dewan (Siang)

8.00 pagi                

 hingga                            6.00 petang

RM1,000.00

Sewa Dewan (Malam)

7.00malam

hingga

11.00 malam

RM1,200.00

Kos Utiliti dan Pembersihan

Panel Katerer Pilihan BKP

RM1,300.00

Panel Katerer Selain Pilihan BKP

RM1,500.00

 

 

 

Kadar sewa ini adalah termasuk penggunaan peralatan/perkhidmatan seperti berikut:

 

 

PERALATAN

Meja Bulat/Kerusi

25 buah meja termasuk 250 buah kerusi

 

Meja Bufet

(8’ x 4’)

6 buah meja

Tambahan dikenakan RM 5/meja

(maksimum 10 buah meja)

Pengendalian Teknikal

Disediakan

Perhiasan

Dewan/Alas Meja

Tidak Disediakan

 

Penyewa adalah diberi pilihan untuk menyewa skrin dan projektor serta sistem audio  seperi butiran berikut:

 

 

PERKARA

KADAR SEWA

Skrin dan Projektor

RM300.00

Sistem Audio

 

  1. Peyewa adalah diberi pilihan bagi memilih panel-panel katering yang telah dilantik oleh Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, penyewa adalah diberi kelonggaran bagi memilih panel katering selain yang dilantik oleh BKP dan kadar caj adalah berbeza mengikut jadual di atas. Panel katering yang telah dilantik oleh BKP terdiri daripada:

 

 

 

 

BIL.

NAMA KATERER

ALAMAT

NO. TELEFON

NO. FAKS

NO. H/P

1

Kota Anggerik Catering

5U-1A-16, Blok 5,  Pusat Daerah Seksyen 6, 

40000 Shah Alam,

03-55190108

03-55100108

012 3980183


2

Salehah Catering

Lot 11689,

Kampung Delek Baru,

41250 Klang,

03-33713127

03-33727720

012 3141733

3

Maimanah

Lot 350, Batu 13 ¼, Jalan Cheras,

43000 Kajang,

03-87369488

03-87369488

012 2951167

013 3568460

4

Huwaida Catering Enterprise

No. 19, Jalan Jasa 2C,

Off Jalan Haji Sirat,

Taman Jasa Ria, 41200 Klang,

-

03-32903158

012 2611711

017 3033474

5

Seventy Network Services

No.19, Lintang Besi, Off Jalan Melawis,

41000 Klang,


03-33710362


03-33734981

012 6767475

6      Seri Keningau      Sdn Bhd

     Lot 2555 Batu 51/2,         Jalan Meru, 41050 Klang

03-33924277 03-33923477     012 3437287     019 2727121

                       

  1. Bagi majlis-majlis Kerajaan di bawah Jawatankuasa Tetap Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dan majlis-majlis yang diuruskan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, tidak akan dikenakan apa-apa caj penggunaan.

 

  1. Jika terdapat majlis-majlis yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan selain daripada yang disebut dalam perenggan (v), caj penggunaan hanya akan dikenakan untuk kos utiliti dan pembersihan sahaja.

 

  1. PEMBAYARAN SEWA
  2. Bayaran perlu dibuat sebelum penggunaan dan bayaran tersebut boleh dibayar secara:
  3. Tunai
  4. Bank Draf(atas nama YB.SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR)
  5. Wang Pos(atas nama YB.SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR)
  6. Bayaran Secara Terus (EFT : Electronic Fund Transfer)
  7. Nama         : YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
  8. Bank          : CIMB Bank Berhad
  9. No. Akaun : 8001-954-651

 

  1. Walau bagaimanapun, bayaran deposit perlu dibuat secara tunai, bank draf atau wang pos sahaja untuk memudahkan tujuan pengembalian deposit.  Setelah bayaran dibuat, penyewa wajib mengemukakan bukti pembayaran kepada BKP, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan kadar segera.

 

  1. Tempahan yang telah diluluskan akan terbatal sekiranya bayaran kepada BKP, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak dibuat sebelum tarikh penggunaan.

 

  1. PENGGUNAAN DEWAN
    1. Dewan hendaklah digunakan pada masa dan waktu mengikut kelulusan permohonan sahaja dan tidak boleh digunakan untuk tujuan yang menyalahi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

 

  1. Memastikan dewan dalam keadaan aman dan terkawal.

 

  1. Tidak dibenarkan sama sekali bagi melekat, menampal, menebuk dinding/panel pentas, menanggal atau mengalih perkakasan dan peralatan yang terdapat dalam dewan tanpa sebarang kebenaran bertulis daripada BKP, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

 

  1. Kemudahan Bilik Menunggu VVIP dan karpet merah boleh digunakan untuk majlis-majlis yang dihadiri oleh DYMM. Sultan Selangor, Kerabat Di Raja, Orang Besar Istana, Orang Besar Daerah, Ketua Setiausaha Negara, Dato’ Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan, EXCO, Bekas EXCO, Pegawai Tinggi Kerajaan atau Bekas Pegawai Tinggi Kerajaan sahaja tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan BKP seperti berikut:

 

 

PERKARA

KADAR SEWA

Bilik Menunggu VVIP

100.00

Karpet Merah

150.00

 

 

  1. Kemudahan tempat letak kereta disediakan di Bangunan Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dan risiko meletakkan kenderaan di tempat tersebut adalah menjadi tanggung jawab pemilik kenderaan masing-masing.

 

  1. TANGGUNG JAWAB PENYEWA
    1. Segala persiapan, kebersihan dan kerosakan adalah menjadi tanggung jawab pihak penyewa dan memastikan semua peralatan serta karpet dalam keadaan selamat dan seperti sedia ada sebelum meninggalkan dewan tersebut.

 

  1.  Kebersihan Dewan Jubli Perak dan ruang legar dijaga sebaik-baiknya.

 

  1. Semua sampah dan sisa makanan hendaklah diletakkan di dalam beg plastik yang tidak mudah koyak dan seterusnya dibawa keluar daripada dewan dan dibuang ke dalam rumah sampah.

 

  1. PENGEMBALIAN BAYARAN DEPOSIT
    1. Penyewa akan dikenakan bayaran Wang Deposit iaitu sebanyak RM 1,000.00 dan perlu dibayar selepas menerima surat kelulusan tempahan dengan kadar segera. Baki bayaran perlu dijelaskan sebelum penggunaan dewan.

 

  1. Bagi tujuan pengembalian deposit, penyewa perlu mengisi Borang Tuntutan Wang Deposit Tempahan Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz, Shah Alam berserta resit asal bayaran deposit dan salinan penyata bank atas nama penyewa.

 

  1. Wang Deposit  hanya akan dikembalikan sekiranya semua terma dan syarat seperti di atas dipatuhi sepenuhnya.

 

  1. Sekiranya pemohon membuat pembatalan penyewaan dewan kurang daripada tujuh (7) hari bekerja, wang deposit tidak akan dikembalikan.

 

 

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN

NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN