Terma Dan Syarat - Banglo Suara Ombak Morib

 

PRO/UP/UTAMA/TEMP-01

2/2011

Lampiran 6

 


PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN

SELANGOR DARUL EHSAN

 

TERMA DAN SYARAT TEMPAHAN RUMAH REHAT

BANGLO SULTAN SULAIMAN, BUKIT FRASER DAN

BANGLO SUARA OMBAK, MORIB

 

 

A. TERMA DAN SYARAT

i. Penyewa Rumah Rehat Banglo Sultan Sulaiman atau Banglo Suara Ombak mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Pentadbiran Negeri. Jika peraturan ini tidak dipatuhi sepenuhnya, Pentadbiran Negeri berhak mengambil apa-apa tindakan terhadap penyewa dan permohonan untuk menyewa di masa hadapan tidak akan dilayan.

 

ii. Tempahan yang telah diluluskan akan terbatal sekiranya bayaran kepada Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan tidak dijelaskan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh penggunaan.

 

iii. Bagi tempahan yang dibuat dalam tempoh kurang daripada 14 hari daripada tarikh menginap, bayaran perlu dijelaskan selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum penginapan.



iv.    Kadar bayaran yang telah diluluskan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan.

 

 

B. KADAR SEWA

i. Banglo Sultan Sulaiman, Bukit Fraser

PERKARA

KADAR SEWA

DYMM. Sultan Selangor

Tiada

DYMM. Raja Muda Selangor

Tiada

Kerabat Diraja Selangor

Tiada

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar

Tiada

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO)

Tiada

Ahli Dewan Di Raja

RM60

Ahli Dewan Negeri Selangor

RM60

Orang Besar Istana (OBI)

RM60

Orang Besar Daerah (OBD)

RM60

Menteri/Persekutuan/Pegawai Tinggi Persekutuan (Termasuk Tentera Dan Polis)

RM60

Pegawai Kerajaan Negeri Dan Badan-badan Berkanun Negeri

RM60

Orang Awam Yang Diluluskan Oleh YAB. Dato’ Menteri Besar/Y.B. SUK/TSUK(M)/SUB(KP)

RM200

 

ii. Banglo Suara Ombak, Morib

PERKARA

KADAR SEWA

DYMM. Sultan Selangor

Tiada

DYMM. Raja Muda Selangor

Tiada

Kerabat Di Raja Selangor

Tiada

YAB. Dato’ Menteri Besar

Tiada

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan

Negeri Selangor (EXCO)

Tiada

Ahli Dewan Di Raja

RM60

Ahli Dewan Negeri Selangor

RM60

Orang Besar Istana (OBI)

RM60

Orang Besar Daerah (OBD)

RM60

Menteri/ Persekutuan/ Pegawai Tinggi Persekutuan (Termasuk Tentera Dan Polis)

RM60

Pegawai Kerajaan Negeri Dan Badan-Badan Berkanun Negeri

RM60

Orang Awam Yang Diluluskan Oleh YAB. Dato’ Menteri Besar/Y.B. SUK/TSUK(M)/SUB(KP)

RM100

 

C. PEMBAYARAN SEWA

                     Bayaran perlu dibuat dua (2) minggu sebelum penggunaan dan bayaran tersebut boleh dibayar secara:

i. Tunai

ii. Wang Pos (atas nama YB.SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR); atau

iii. Bayaran Secara Terus (EFT : Electronic Fund Transfer)

a. Nama : YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

b. Bank : CIMB Bank Berhad

c. No. Akaun : 8001-954-651

Setelah bayaran telah dibuat, penyewa wajib mengemukakan bukti pembayaran kepada BKP, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan kadar segera.

 

D. PENGINAPAN

i. Penginapan adalah bagi tempoh yang dinyatakan sahaja dan penyewa tidak dibenarkan datang lebih awal atau tinggal lebih lama daripada tempoh yang ditetapkan. Waktu untuk keluar daripada rumah Banglo Sultan Sulaiman atau Banglo Suara Ombak ialah jam 12.00 tengahari, hari yang berkenaan.

 

E. KEGUNAAN BANGLO SULTAN SULAIMAN / BANGLO SUARA OMBAK

i. Rumah ini ialah bagi tujuan berehat sahaja. Ianya bukan bagi maksud tempat mengadakan jamuan berselerak dalam bentuk apa jua seperti parti, barbeque dan sebagainya.

 

F. BILANGAN PENGHUNI

i. Penyewa sendiri serta keluarganya sahaja dibenarkan tinggal di Banglo Sultan Sulaiman atau Banglo Suara Ombak. Kebenaran menyewa tidak boleh dipindah milik.

ii. Tiap-tiap penyewa berhak membawa keluarganya sahaja iaitu suami/isteri, anak-anak dan saudara mara yang rapat. Jumlah orang dewasa tidak melebihi 8 orang.

 

G. TELEFON

     Talian telefon di Banglo Sultan Sulaiman atau Banglo Suara Ombak adalah untuk kegunaan rasmi sahaja. Bagi tetamu-tetamu yang menyewa hendaklah membayar untuk semua panggilan yang dibuat. Perkara ini dikecualikan bagi YAB. Dato’ Menteri Besar, YB. Setiausaha Kerajaan dan YB. Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

 

H. MENJAGA KESUCIAN AGAMA ISLAM

Tetamu-tetamu yang bukan beragama Islam diminta memberi kerjasama supaya tidak membawa makanan-makanan yang ditegah oleh Agama Islamuntuk dimakan, dimasak dan termasuk membawa minuman keras di banglo ini kerana pinggan mangkuk dan alat-alat dapur adalah untuk kegunaan umum. Perkara ini amatlah sensitif dan diminta kerjasama semua pihak untuk mematuhinya.

 

I. TANGGUNG JAWAB PENYEWA

Semua kerosakan mestilah dilaporkan kepada Penjaga Rumah. Kerajaan Negeri adalah berhak menuntut bayaran ganti rugi daripada penyewa sekiranya berlaku apa-apa kerosakan semasa menggunakan bangunan ini.

 

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

SELANGOR DARUL EHSAN.